Saturday, February 7, 2009

The world’s strongest truck is here



Volvo FH16 dicipta galas cabaran industri pengangkutan

PELANCARAN Volvo FH16, baru-baru ini menjadikan trak gergasi itu yang terkuat di dunia dengan 700 kuasa kuda (hp) dan 3,150Nm tork, paling tinggi dalam kelasnya.
Jentera berkuasa itu menggunakan enjin 16 L D16G me nepati standard piawaian Euro 5 membolehkannya me lakukan kerja berat dengan mudah dan lancar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Trucks, Staffan Jufors, berkata Volvo FH16 dicipta untuk menggalas cabaran industri pengangkutan yang semakin mencabar ketika ini.

“Volvo FH16 memang diwujudkan bagi menyokong per mintaan operasi pengangkutan yang semakin berkembang pesat.

“Pelancaran trak ini juga memberi satu lagi penawaran terhadap permintaan pasaran trak yang lain daripada lain,” katanya.

Katanya, dengan kuasa sehingga 700hp, tiada apa yang mustahil bagi Volvo FH16 menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Walaupun berkuasa tinggi, FH16 masih mengekalkan tahap penggunaan bahan api yang sesuai.

Volvo turut mengeluarkan dua varian sama, tetapi dengan kuasa kuda lebih rendah iaitu 540hp dan 600hp manakala tork masing-masing setinggi 2,650Nm dan 2,800Nm.

“Dengan kuasa yang besar (700hp), ramai pihak menyangka FH16 perlu menggunakan bahan api yang banyak, tetapi perkara itu adalah sebaliknya.

“Sasaran kami sebenarnya adalah prestasi terbaik dengan penggunaan bahan api paling minimum,” katanya.

Menurut Staffan, FH16 contoh terbaik bagi teknologi trak Volvo dengan penggunaan minyaknya hampir sama dengan pesaing lain, tetapi peningkatan kuasa lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment